Bina Pendapatan 5 Angka di Twitter

  • Reading time:5 mins read

“Iman, kami nak jemput Iman ajar Twitter Marketing dekat tim Gedung GMS Buku, boleh ke?”

Terkejut saya bila Encik Che Mad mesej saya minggu lepas. Saya tak pernah buka sebarang kelas atau seminar tentang Twitter ni.

Cuma saya fikir,

“Baik juga peluang ini. Boleh jadi ini peluang yang Tuhan takdirkan untuk saya mencuba benda baru.”

Saya dah ada Twitter sejak 2012. Cuma tak aktif, memang terbiar menyepi. Sampailah dunia dilanda pandemik, tahun 2020; saya membuka kembali Twitter.

Awalnya memang saya twit benda biasa je. Tengah baca buku apa. Quote apa yang sedap di buku A. Harini saya pergi kedai buku B.

Eh?

Ramai pulak suka dengan twit² saya tu. Followers semakin lama semakin bertambah. Daripada 50, naik 500, naik 5000.

Di Twitter saya follow ramai pemilik bisnes, digital marketer yang power-power. Dari mereka saya belajar konsep niche, personal brand, content marketing dll. Dari situ, saya decide: saya nak bina personal brand, niche khusus tentang buku.

Dari 2020-2021 itu, saya banyak try & error. Banyak “langgar” & belajar. Saya cuba twit content sebegini, pada waktu begini, dengan stail begitu. Mana² yang mendapat traction & engagement, saya take note & jadikan ia formula. Mei 2021, saya ditawarkan menjadi Duta Buku JIWA.

Personal record: Dalam masa 1 bulan, kami dapat jual 700 box set Kombo Swacinta. Hasil kerja keras seluruh tim, dan kebijaksanaan direction Pengarah JIWA ketika itu. Untuk saya, sebagai budak yang memang zero ilmu marketing, ia sesuatu yang mengujakan.

Tidak terhenti di situ, saya mula dapat tawaran dari banyak penerbit buku. Untuk reviu buku, untuk promo kedai buku mereka. Untuk hebahkan pesta jualan mereka. Saya dah bekerjasama dengan lebih 50 penulis + penerbit buku. Pelbagai projek dijayakan bersama.

2020-2022. Sepanjang 2 tahun ini, saya dah menjana pendapatan 5 angka daripada konten buku sahaja. Hasil elaun bulanan, komisen affiliate, bayaran one-off project. Saya sendiri sempat tubuhkan perniagaan sendiri.

@KedaiBukuRuas namanya.

Setiap hari Sabtu, saya akan jual buku² terpakai. Yang ni saja saya dapat generate income bersih ribu-ribu ringgit. (Cuma sejak chambering ni, dah slow down sikit, sekarang buat jualan 1 bulan 1 kali je)

Bila @gedunggmsbuku approach saya untuk kongsi pengalaman saya di Twitter ni, saya jadi terpanggil untuk susun elok² segala teknik & taktik Twitter Marketing yang saya dah apply.

Petang tadi saya kongsikan semua kepada mereka (Yelah, pelanggan pertama kan? Mana tau boleh susun elok² jadi modul yang proper. Lahhh, otak bisnes) Sekarang followers di Twitter sudah 50.3k.

Saya pernahlah cuba² jadi video creator di YouTube & TikTok. Dapatlah bertahan beberapa seketika. Cuma saya takde energy & passion untuk buat video ni. Ia sangat renyah. Memang tak kena dengan jiwa saya.

Jadi, sekarang saya fokus di Twitter sepenuhnya. Sesekali saya akan buka IG (yang ni pun sebab dah sign kontrak dengan Times Reads untuk reviu buku² bahasa Inggeris yang mereka edarkan setiap bulan. Semua best-selling titles yang belum masuk pasaran, saya dah baca dulu. Rezeki)

Stuff you’re good at + stuff you love + stuff people want. Dapat 3 benda ni, memang kita akan jumpa that sweet spot.

Di zaman serba menekan, dengan perbelanjaan semakin meningkat, memang mencari duit tepi dah jadi semacam keperluan, untuk terus survive. Ini cara saya menyediakan diri untuk menghadapi masa-masa yang mendatang. #AnakMudaBuatDuaKerja

Taktaulah kalau benda yang saya buat ni namanya influencer marketing ke, content marketing ke atau apa (sebab ia saling bertindan) Cuma yang saya tahu, dunia marketing ini sangat volatile. Unpredictable. Tapi kalau kita ada foundation yang kukuh, cukup dah ia menjadi sauh.

Sebelum Twitter, aku aktif di Facebook. Kat FB pun aku rajin tulis tentang buku (buku 1st aku ni literally memang dari write-up status² FB pasal buku).

Dekat universiti pula, dari 2017-2020, aku & tim giat bina perpustak untuk rumah kebajikan & sekolah pedalaman Bahkan sehingga sekarang NGO tu masih aktif, boleh follow @berbagibukubukuPengalaman kami di NGO tu pula, boleh baca di sini 👇🏻

Leave a Reply