Kes Hak Cipta Telekung Siti Khadijah lawan Ariani
Di dalam kes hak cipta Siti Khadijah vs Ariani beberapa tahun lepas, antara isu yang dibahaskan di Mahkamah Tinggi ketika itu adalah:
Sama ada Telekung boleh dilindungi di bawah Undang-Undang Hak Cipta di bawah kategori karya seni (artistic work)?
Ia adalah satu isu yang baru (novel), dan bakal menjadi rujukan precedent untuk kes-kes mendatang.
Yang Arif Hakim Wong Kian Kheong memulakan Alasan Penghakiman kes Siti Khadijah vs Ariani dengan petikan isu ini:
“whether a telekung is eligible for copyright under CA in view of its religious function (for prayers). This is a novel question regarding the interpretation of s. 7(2A) and (3)(a) CA;”
Setelah melalui proses perbicaraan, saksi saksi memberi keterangan berdasarkan dokumen-dokumen, akhirnya Mahkamah Tinggi bersetuju dengan hujahan peguam Siti Khadijah, Hafiz Zubir & Co. – HZAC, bahawa lakaran Telekung Klasik Siti Khadijah adalah karya seni yang dilindungi Hak Cipta.
Perlindungan hak cipta lakaran seni (lakaran 2-D) itu turut merangkumi Telekung fizikal (produk 3-D) [Terjemahan: 2D artistic work is extended to 3D finished product]
Mengapa Penting Untuk Sesebuah Brand Daftarkan Hak Cipta Design Lakaran Mereka?
Sejak dari kes itu, maka banyaklah brand-brand fesyen mula sedar akan kepentingan mendaftarkan Hak Cipta bagi lakaran design produk mereka.
Bila sudah ada Sijil Hak Cipta, maka mudah untuk kita ambil tindakan undang-undang terhadap pesaing-pesaing yang meniru dan menunggang produk kita.
Saya tak sempat mengikuti kes Hak Cipta SK vs Ariani (sebab waktu tu pun masih belajar lagi di AIKOL UIA)
Namun, baru-baru ini, saya direzekikan untuk mengendalikan satu lagi kes Telekung Siti Khadijah bersama bos saya, tetapi yang ini di bawah undang-undang reka bentuk industri pula (Boleh baca Alasan Penghakiman kes terbaru Siti Khadijah di sini)
Siti Khadijah Daftarkan Lagi Hak Cipta Lakaran Design Produk Terbaru Mereka
Alhamdulillah, baru-baru ini saya berjaya membantu Siti Khadijah untuk mendaftarkan copyright / hak cipta lakaran design salah satu produk tudung terbaru mereka.
Oleh itu, kepada syarikat atau brand yang mempunyai lakaran-lakaran design produk fesyen, segera daftarkan copyright / hak cipta lakaran anda!