Dapat Sijil Hak Cipta Dalam Masa 30 Minit Di Malaysia

  • Reading time:5 mins read

Dulu Kita Kena Tunggu 3 – 6 Bulan Untuk Dapat Sijil Hak Cipta

Dulu kita kena tunggu 3- 6 BULAN, barulah dapat Sijil Hak Cipta (Copyright) ini. Sekarang, dengan program terbaru Copyright To You (CR2U) yang diperkenalkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (atau lebih dikenali sebagai MyIPO), kita boleh dapat Sijil Hak Cipta dalam 30 MINIT sahaja! Punyalah laju!
kita boleh dapat Sijil Hak Cipta dalam 30 MINIT sahaja!

Apa Itu Copyright To You (CR2U) dan Hak Cipta?

CR2U adalah satu inisiatif terbaru MyIPO untuk memudahkan proses rekod dan pemberitahuan karya-karya yang dilindungi Hak Cipta dalam negara kita.
Menurut MyIPO, CR2U dibangunkan untuk mempercepatkan proses pensijilan dan notifikasi Hak Cipta bagi memastikan pemilik hak cipta mendapat perlindungan dengan lebih cepat serta efisien di Malaysia.
Hak Cipta adalah suatu harta intelek (Intellectual Property – IP) yang berbeza dengan Cap Dagangan (Trademark), Reka Bentuk Industri (Industrial Design) dan Paten (Patent); yang tertakluk di bawah undang-undang berikut:
  • Akta Cap Dagangan 2019
  • Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
  • Akta Paten 1983
3 jenis harta intelek yang saya sebutkan tadi akan melalui proses pemeriksaan (examination) oleh MyIPO, di mana setiap Cap Dagangan (Trademark), Reka Bentuk Industri (Industrial Design) dan Paten (Patent) yang dipohon untuk pendaftaran akan diperiksa kebolehdaftaran (registrability) mengikut undang-undang masing-masing

 

Hak Cipta Bersifat Perlindungan Automatik (Automatic Protection Upon Creation of Work)

Hak Cipta tidak akan melalui pemeriksaan tersebut. Bahkan Hak Cipta ini bersifat perlindungan automatik (automatic protection). Bila anda menyiapkan sesebuah karya, di saat itu sebenarnya karya itu sudah dilindungi Hak Cipta.
Menarik kan?
Sijil Pemberitahuan Hak Cipta yang kita pohon daripada MyIPO hanyalah bersifat pemberitahuan sukarela. Maknanya, kita sukarela memaklumkan (voluntarily inform) kepada MyIPO bahawa kita baru siapkan sesuatu Karya, dan kita nak rekodkan Karya tersebut dalam rekod Hak Cipta MyIPO.
Saya ada buat video TikTok berkongsi langkah demi langkah untuk dapatkan Sijil Hak Cipta dalam masa 30 minit di MyIPO, boleh tonton di sini
Jika anda berminat untuk belajar lebih mendalam tentang Harta Intelek atau IP, saya sangat sarankan anda membaca buku ini.

Leave a Reply