3 Perkara Tentang Hak Cipta Karya Yang Ramai Penulis Tak Tahu

  • Reading time:5 mins read

 

1.  TENTANG HAK CIPTA YANG RAMAI PENULIS TAK TAHU

Ramai penulis ingat, bila terbit karya, baru ada Hak Cipta.

Nope!

Unpublished manuscript pun dah ada Hak Cipta. Hak Cipta juga tak bergantung pada Perjanjian Penerbitan Secara mudahnya macam ni.

Berhati-hati tentang hak cipta anda sebagai penulis

Perjanjian Penerbitan = licensing agreement. Penulis melesenkan (beri izin) kepada Penerbit untuk terbitkan karyanya. Sebagai balasan izin terbit, penerbit bayar royalti kepada penulis macam sewa rumah. Tuan rumah bagi izin duduk rumah, sebagai balasan penyewa bayar duit sewa.

 

2.  Hak Cipta Penulis Tak Bergantung Kepada Perjanjian Penerbitan

Dalam hal ini,hak cipta manuskrip penulis sudah pun wujud. Cuma bila masuk Perjanjian Penerbitan, penulis beri izin untuk Penerbit terbitkan manuskrip yang ada hak cipta itu. So, macam saya cakap. Hak Cipta sudah pun wujud, dan tak bergantung kepada Perjanjian Penerbitan.

Menjawab soalan @fakhrifadzli ,

“Apa guna sijil ini?”

Banyak gunanya. Paling penting sekali, sebagai bukti prima facie, yang membuktikan ownership of work.

Let’s say ada orang pertikaikan,

“Apa bukti Karya ni kau punya?”

Kalau takde sijil, payah juga kita nak korek segala bukti (tarikh kat Microsoft Word, jurnal conteng² sebagai contoh) untuk buktikan kita dah kerjakan manuskrip, kitalah penulisnya sejak dari mula etc.

 

3.  Sijil Hak Cipta Sebagai Bukti Pemunyaan (Ownership) Hak Cipta Karya

Kalau adal Sijil Pemberitahuan Hak Cipta, nah tempek je dekat muka orang tu, ni buktinya! Sudah disemak & disahkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Settle Macam IC jugalah. Apa bukti saya Iman Danial, umur sekian, duduk sekian? Nah IC, ni buktinya!

By the way, Sijil Hak Cipta yang saya bantu ni, untuk manuskrip tau, tak publish lagi. Manuskrip Accidentally Into You ni sedap juga saya baca. Kot la ada scout publisher² lokal yang tengah mencari Karya.

4.  Sijil Hak Cipta Memudahkan Proses Penguatkuasaan Hak

 Selain daripada peranan sijil sebagai bukti pemilikan, pendaftaran Hak Cipta juga memudahkan proses penguatkuasaan undang-undang jika berlaku pelanggaran hak cipta.

Sekiranya terdapat kes plagiarisme atau pencurian karya, sijil ini boleh menjadi dokumen penting dalam tindakan undang-undang.

Selain itu, hak cipta boleh menjadi aset komersial yang boleh dilesenkan kepada pihak lain. Sebagai contoh, seorang penulis boleh memberikan lesen kepada penerbit atau syarikat produksi untuk menerbitkan dan mengadaptasi karya mereka dalam bentuk buku, filem, atau permainan video.

Anda boleh baca tentang Pelesenan atau Licensing dengan lebih lanjut di ARTIKEL INI 

Ini membuka peluang penjanaan pendapatan yang lebih luas bagi pemilik hak cipta

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pemahaman mengenai hak cipta dan perlindungan karya adalah aspek penting bagi penulis dan pencipta kandungan. Hak cipta wujud secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya dicipta, tanpa perlu bergantung kepada penerbitan atau perjanjian tertentu.

Namun, memiliki Sijil Pemberitahuan Hak Cipta memberikan kelebihan besar sebagai bukti sah pemilikan karya sekiranya berlaku pertikaian di kemudian hari.

Selain itu, perlindungan hak cipta juga membantu penulis memastikan karya mereka tidak disalahgunakan atau dieksploitasi tanpa izin.

Dengan adanya dokumen sah yang diiktiraf oleh MyIPO dan undang-undang, proses penguatkuasaan hak menjadi lebih mudah dan kukuh dari segi undang-undang.

Oleh itu, bagi mereka yang serius dalam bidang penulisan dan penciptaan, memahami dan mengambil langkah untuk melindungi hak cipta mereka adalah satu keperluan yang tidak boleh diabaikan.

Jika anda perlukan nasihat lanjut tentang pendaftaran trademark atau copyright, hubungi penasihat IP hari ini di SINI

Jika anda nak baca cara melindungi hak cipta karya anda, baca buku INI

Leave a Reply