Menulis Dari Hati Biar Sampai Ke Hati

  • Reading time:3 mins read

tips-menulis

Salah satu tips menulis adalah kita menulis bermula dengan emosi, suntinglah dengan rasional.

Barulah muncul penulisan memelihara diri. Buku yang bagus untuk mereka yang mahu menjadi penulis.

Tetapi jika buku teknik penulisan canggih atau resepi laku keras yang anda cari, buku ini bukan untuk anda.

Buku ini lebih banyak menjawab persoalan tentang KENAPA kita menulis ketimbang BAGAIMANA kita menulis.

Terbahagi kepada 3 bab utama, mewakili 3 penulis berbeza

Tips Menulis #1: Tulislah Cerita, Jiwa Lentur, Akal Akur

Cerita sentiasa mempengaruhi manusia, Bagaimana kita dapat membangunkan cerita yang membawa kepada jiwa yang lentur dan akal yang akur? Sama ada fiksyen, kembara dan kisah hidup.

Bahagian 2: Menggali, Menyusun Teladan dan Hikmah dalam Penulisan Kisah Hidup

Kisah hidup akan mati sebagai laporan semata-mata jika tidak disilangkan bersama hikmah dan pengetahuan yang datang bersama. Selain orang lain, penulis juga menulis untuk dirinya sendiri.

Bahagian 3: Menulis menggunakan 4 Kuadran Diri

Walau 2 bab pertama banyak menyentuh soal KENAPA menulis, bab ini berkongsi BAGAIMANA mula menulis. Model penulisan yang dibina dari bacaan & pengalaman ini sesuai untuk penulis baru.

Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih. Untuk menjadi seorang penulis, benda pertama & paling utama yang anda perlu buat adalah MENULIS.

Memang tiada cara lain dah. Kalau anda tidak mencatat di kertas (atau menaip di komputer), segala cerita dan ilmu itu sekadar arkib di memori.

Saya paling suka poin Tuan Zamri bahawa “Penulis ada kurator.” Dengan lambakan kata-kata, cerita dan berita di dunia, penulis ada kurator yang menyusun perkongsian terbaik untuk pembaca.

Masa kita terhadap 24 jam, kita tak mungkin mampu semua benda atas dunia.

Maka penulislah pengurus kepada kesibukan masa pembaca. Kurator yang tahu cerita apa dengan persembahan seperti apa yang sesuai untuk audiens masing-masing.

Dan paling penting, yang ditulis dari hati akan sampai ke hati.

Penulis perlu tahu bab undang-undang penulisan. Untuk tahu lebih lanjut, KLIK SINI.

Leave a Reply