Ramai orang sering keliru antara trademark dan paten, malah ada yang tersalah guna istilah hingga menyebabkan kekeliruan lebih besar.
Perkataan seperti, “Aku dah patentkan trademark ini” atau lebih teruk lagi, “Aku dah patternkan idea ini” sering kita dengar.
Sebenarnya, trademark dan paten adalah dua perlindungan harta intelek yang berbeza dengan fungsi yang berlainan.
Jadi, bagaimana kita boleh membezakannya? Artikel ini akan membantu anda memahami perbezaan antara trademark dan paten serta bagaimana menggunakannya dengan betul.
1. Apa Itu Trademark?
Trademark atau tanda dagangan adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik jenama untuk melindungi nama, logo, simbol, atau slogan perniagaan mereka.
Ia berfungsi untuk membezakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat daripada pesaing di pasaran. Contohnya, apabila anda melihat logo “Nike” dengan slogan “Just Do It”, anda tahu itu adalah jenama yang sah dan dilindungi oleh trademark.
Ciri-ciri Trademark:
- Melindungi jenama, logo, slogan, warna khas, dan reka bentuk pembungkusan
- Bertujuan untuk memastikan pengguna mengenali sumber asal produk
- Pendaftaran trademark boleh diperbaharui setiap 10 tahun
- Tidak melindungi idea atau ciptaan teknologi
Contoh trademark terkenal:
- McDonald’s – logo “M” berwarna kuning
- Apple – logo epal tergigit
- Coca-Cola – fon tulisan khas dan warna merah
2. Apa Itu Paten?
Paten pula adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pencipta untuk melindungi ciptaan baharu atau inovasi teknologi yang mempunyai elemen kebaharuan dan boleh digunakan dalam industri.
Dengan adanya paten, pencipta berhak menghalang orang lain daripada membuat, menggunakan, atau menjual ciptaan tersebut tanpa kebenaran dalam tempoh tertentu (biasanya 20 tahun).
Ciri-ciri Paten:
- Melindungi ciptaan teknologi atau inovasi baharu
- Memberi hak eksklusif kepada pencipta selama 20 tahun
- Mesti mempunyai elemen kebaharuan dan aplikasi industri
- Tidak melindungi nama jenama, logo atau slogan
Contoh paten terkenal:
- Teknologi Face ID Apple
- Lampu mentol ciptaan Thomas Edison
3. Kesalahan Umum dalam Menggunakan Istilah Trademark dan Paten
Disebabkan persamaan dari segi perlindungan harta intelek, ramai yang masih keliru dalam menggunakan istilah trademark dan paten. Beberapa kesalahan umum termasuk:
❌ “Aku dah patentkan trademark aku”
✅ “Aku dah daftarkan trademark jenama aku”
❌ “Idea aku ni dah dipatternkan”
✅ “Idea aku ni dah dipatenkan” (jika melibatkan inovasi)
Trademark tidak boleh dipatenkan kerana ia bukan ciptaan teknologi.
Begitu juga, paten tidak boleh digunakan untuk melindungi jenama. Oleh itu, sangat penting untuk memahami perbezaan antara kedua-duanya supaya tidak tersalah guna istilah.
4. Bagaimana Nak Pilih Yang Betul?
Jika anda pemilik perniagaan dan mahu melindungi jenama anda, daftarlah trademark.
Sebaliknya, jika anda seorang pencipta atau jurutera dengan inovasi baharu, daftarkan paten untuk mendapatkan hak eksklusif terhadap ciptaan tersebut.
Jika anda masih keliru, tanya diri sendiri:
- Adakah saya mahu melindungi jenama atau nama perniagaan? → Daftar trademark ✅
- Adakah saya mahu melindungi ciptaan atau teknologi baru? → Daftar paten ✅
Kesimpulan
Kesilapan dalam menggunakan istilah trademark dan paten sering berlaku, tetapi dengan pemahaman yang betul, anda boleh mengelakkan kekeliruan ini.
Trademark melindungi jenama, manakala paten melindungi ciptaan teknologi.
Jadi, sebelum anda mengatakan “aku dah patentkan logo syarikat aku” atau “aku nak patternkan idea aku,” pastikan anda gunakan istilah yang betul.
Kalau anda nak tahu perbezaan antara Copyright (Hak Cipta) vs Trademark, baca artikel INI
Jika anda ingin mendapatkan perlindungan harta intelek yang sesuai, sila hubungi penasihat IP di SINI
Jika anda nak baca cara melindungi hak cipta karya anda, baca buku INI
NAK SAYA BANTU DAFTAR TRADEMARK ANDA?
Nama saya Iman Danial Hakim, seorang ejen cap dagangan, atau ejen trademark. Saya berpengalaman luas dalam mengendalikan pendaftaran trademark untuk brand-brand terkenal Malaysia seperti Telekung Siti Khadijah, Bawal Exclusive dan Angsa Emas Jewellery.
Ini gambar saya serahkan Sijil Pendaftaran Trademark kepada brand-brand besar ini, happy je semua senyum sampai ke telinga! Rasa lega bila jenama mereka kini sah dilindungi undang-undang!
Serahkan Sijil Trademark Siti Khadijah (bersama saya En. Hafiz Zubir)
Serahkan sijil Trademark Bawal Exclusive kepada pengasas Bawal Exclusive Puan Hajjah Haliza Maysuri dan Tuan Haji Mohd Rosli Awang
Serahkan Sijil Trademark kepada CEO Angsa Emas Jewellery Datuk Zulhilmi
Nak Daftar Trademark Anda?
Jangan tunggu sampai jenama anda ditiru orang.
Klik link WhatsApp ini sekarang untuk konsultasi percuma:
👉 Daftar Trademark Dengan Saya