Ramai yang keliru antara trademark dan copyright kerana kedua-duanya melibatkan perlindungan hak intelektual. Namun, tujuan dan skop perlindungan mereka sangat berbeza. Jika anda seorang pemilik perniagaan, penulis, atau pereka, memahami perbezaan ini amat penting untuk melindungi hasil kerja anda dengan betul.
Berikut adalah tiga (3) cara utama untuk membezakan trademark dan copyright:
1. Apa yang Dilindungi: trademark vs copyright?
Trademark melindungi jenama sesuatu perniagaan, termasuk nama, logo, slogan, atau simbol yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan. Contohnya, logo Nike dan slogan “Just Do It” adalah trademark.
Copyright pula melindungi hasil karya kreatif seperti buku, lagu, filem, lukisan, dan reka bentuk grafik. Sebagai contoh, hak cipta melindungi lirik lagu dan reka bentuk karakter kartun.
2. Tempoh Perlindungan
Trademark boleh bertahan selamanya asalkan ia diperbaharui setiap 10 tahun dan masih digunakan dalam perniagaan.
Copyright mempunyai tempoh perlindungan yang lebih terhad. Di Malaysia, hak cipta bertahan sepanjang hayat pencipta + 50 tahun selepas kematiannya.
3. Proses Pendaftaran
Trademark perlu didaftarkan di MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia) untuk mendapatkan perlindungan rasmi dan hak eksklusif ke atas jenama tersebut. [Baca 7 Langkah Mudah Daftar Trademark di SINI]
Copyright di Malaysia berlaku secara automatik sebaik sahaja karya dicipta dalam bentuk nyata (ditulis, dilukis, dirakam). Walau bagaimanapun, pendaftaran di MyIPO boleh dilakukan untuk membuktikan pemilikan hak cipta dengan lebih kukuh.
Kesimpulan
Jika anda ingin melindungi identiti jenama perniagaan, trademark adalah pilihan yang tepat. Tetapi jika anda mahu melindungi hasil seni atau karya kreatif, copyright adalah jawapannya.
Untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, anda mungkin memerlukan kedua-duanya—terutamanya jika anda mencipta karakter, logo, atau kandungan kreatif yang digunakan dalam perniagaan.
Jika anda perlukan nasihat lanjut tentang pendaftaran trademark atau copyright, hubungi penasihat IP hari ini di SINI
Jika anda nak baca cara melindungi hak cipta karya anda, baca buku INI
Pingback: 4 Tips Untuk Membezakan Trademark vs Paten - Iman Danial Hakim
Pingback: TELEKUNG SITI KHADIJAH MENANG KES RM 1.7 JUTA
Pingback: 4 Benda Anda Perlu Tahu Tentang Licensing? - Iman Danial Hakim