Awas, Tweet Pun Ada Copyright!

  • Reading time:4 mins read

Twit ada copyright. Bila kita guna twit orang tanpa minta izin penulis asal untuk dapat commercial gain, secara asasnya: copyright infringement dah berlaku. Menunggang konten orang, duit masuk poket sendiri.

“Seriuslah, twit ada copyright!?”

Ya, ada! Dan ramai tak tahu benda ni. Bawah copyright ada banyak kategori: artistic, literary, musical, film, broadcast etc Twit masuk kategori “literary work”

Apa² sahaja tulisan (blog, manuskrip, conteng² pun!) yang;

  • original
  • ada sufficient effort untuk hasilkannya

Ia dah ada copyright secara automatik. Tak perlu daftar ke MyIPO bagai.

Dan, ni juga ramai TAK SEDAR!

Video Tiktok korang tu pun ADA copyright!

So, kalau orang tunggang video korang, post kat Twitter, FB pastu letak link Shopee, sebenarnya itu dah kira copyright infringement!

*as long as video korang tak ambil pula konten video orang lain, memang purely ori.

 

Jadi, apa nak buat?

Owner boleh buat report ke media sosial ni, nanti dorang akan take down content yang infringe copyright kita.

Link report

Take down link je ke option yang ada?

Oh, mestilah ada lagi. Boleh saman pelaku infringement tu. Aku faham je, magnitude each case ni beza. Lain orang, lain situasi dia.

Ada orang, cukup link tu diturunkan, dia ok dah. Ada orang, maybe sebab maruah dia, nama baik tercalar sama dek copyright infringement tu. Atau sebab infringement, biz opportunity dia terkesan sama. So, bolehlah saman. Cuma saman ni, makan masa, tenaga, duit dan paling penting memakan peace of mind kita.

Bergantunglah, semua atas pilihan masing-masing. Ada orang saman sebab nak tuntut hak dia, nak dibayar ganti rugi. Ada orang saman untuk bagi pengajaran. Ada yang saman just to prove a point.

Sebab tu penting untuk content creator, penulis, podcaster etc faham pasal Intellectual Property (IP) ni. Lagi-lagi pasal copyright. Sebab kita pun tak perasan (dan tak tahu). Sama ada orang langgar hak cipta kita, atau kita terlanggar hak cipta orang.

Leave a Reply