Apa beza Copyright vs Moral Right?: Kenapa Pemilik Copyright Tidak Semestinya Pencipta Karya?

  • Reading time:5 mins read

Apabila kita bercakap tentang hak cipta, ramai orang menganggap pemilik hak cipta (copyright) dan pencipta karya (author) ialah orang yang sama. Dalam banyak keadaan memang begitu. Tetapi dari sudut undang-undang, kedua-duanya sebenarnya boleh menjadi dua pihak yang berbeza.

Perbezaan ini menjadi sangat penting apabila sesuatu karya dihasilkan berdasarkan tempahan (commisioned work), pekerjaan (employment) atau perjanjian pemindahan hak cipta.

Sebagai contoh, bayangkan anda mengupah seorang jurugambar untuk mengambil gambar majlis perkahwinan anda. Jurugambar tersebut menghasilkan gambar berdasarkan arahan dan bayaran yang anda berikan. Dalam keadaan tertentu,  menetapkan kedudukan khusus bagi karya yang dibuat secara commissioned. Di bawah Seksyen 26(2) Akta Hak Cipta 1987, bagi karya yang ditempah oleh seseorang, hak cipta (copyright) gambar tersebut dianggap dipindahkan kepada pihak yang membuat tempahan (anda yang berkahwin), tertakluk kepada apa-apa perjanjian yang berbeza antara pihak-pihak tersebut.

Tetapi di sinilah kita perlu membezakan copyright dengan moral right.

Hak cipta (copyright) memberikan pemiliknya hak-hak ekonomi terhadap karya. Antaranya ialah hak untuk mengawal pengeluaran semula (reproduction), penerbitan (publication), komunikasi atau penyebaran kepada orang awam dan bentuk eksploitasi lain yang dikawal oleh Akta.

Moral rights pula berkait dengan hubungan antara pencipta karya (author) dan karya yang diciptanya.

Di bawah  Seksyen 25 Akta Hak Cipta 1987, pencipta karya (author) mempunyai hak tertentu berhubung dengan pengenalpastian dirinya sebagai pengkarya (to be credited as the auhor) dan juga hak untuk membantah distortion, mutilation atau modification terhadap karya tersebut. Yang menariknya, Akta Hak Cipta secara khusus menyatakan bahawa hak-hak tersebut kekal selamanya kepada pencipta karya (author) walaupun hak cipta (copyright) dalam karya itu tidak lagi dimiliki oleh author.

Ini bermaksud pemindahan hak cipta (assignment of copyright) tidak semestinya bermaksud assignment moral rights.

Ambil contoh jurugambar tadi. Katakan copyright gambar telah dipindahkan kepada client. Client mungkin mempunyai hak untuk menggunakan dan mengeksploitasi gambar tersebut mengikut skop hak yang dimilikinya. Tetapi jurugambar itu masih merupakan author atau pencipta gambar tersebut. Maka dia wajib diberi kredit dan dinamakan sebagai pencipta gambar tersebut dalam apa jua keadaan sekalipun.

Sebab itu, isu seperti nama photographer tidak diletakkan atau diberi kredit, atau karya digunakan dalam keadaan yang boleh menjejaskan kehormatan atau reputasi pencipta perlu dianalisis secara berasingan daripada persoalan siapa pemilik copyright.

Perkara yang sama boleh berlaku kepada seorang pelajar universiti.

Seorang pelajar menghasilkan tesis Master atau PhD. Kemudian, berdasarkan polisi atau perjanjian universiti, copyright dalam tesis tersebut mungkin menjadi milik atau dipindahkan kepada universiti.

Tetapi pelajar tersebut tetap merupakan penulis (author) tesis tersebut. Saya sendiri pernah mengendalikan bersama En. Ahmad Hafiz Zubir satu kes di Mahkamah Rayuan yang melibatkan isu tersebut, iaitu Veronica Sainik @ Ronald v Meluha Life Sciences Sdn Bhd & Ors. (Untuk ketahui kes lebih lanjut, baca Alasan Penghakiman di sini)

Dalam kes tersebut, antara isu yang timbul ialah hak cipta dalam tesis yang telah dipindahkan kepada universiti dan persoalan mengenai hak plaintif sebagai author. Mahkamah Rayuan membezakan antara ownership of copyright dengan moral rights dan mengiktiraf bahawa pemindahan copyright tidak dengan sendirinya menghilangkan moral rights seorang autho

Kesimpulannya, copyright ownership dan moral right adalah dua hak yang berbeza.

Anda boleh memiliki copyright terhadap sesuatu karya tanpa menjadi penciptanya.

Dan seseorang boleh kekal sebagai author walaupun copyright (dan wajib diberi kredit kepadanya) dalam karya tersebut telah dipindahkan kepada pihak lain.

Sebab itu dalam perjanjian melibatkan photographer, designer, writer, illustrator, researcher atau mana-mana creator, ayat “copyright belongs to the client” bukan semestinya penamat kepada analisis IP.

Kita masih perlu melihat siapa author, apa hak yang dipindahkan dan apa hak yang masih kekal pada pencipta.

Lindungi jenama anda, reka bentuk anda, dan segala hasil usaha keras anda. Kalau tak tahu  dari mana nak bermula, boleh dapatkan khidmat pesan penasihat IP DI SINI

Kalau anda masih tak pasti apa itu copyright (hak cipta) vs trademark (cap dagang), jemput belajar DI SINI

Bercakap tentang copyright, saya banyak membantu mendaftarkan copyright milik Siti Khadijah, antaranya design tudung mereka. Baca cerita penuh DI SINI

This Post Has One Comment

Leave a Reply