Telekung Siti Khadijah Menang Kes Mahkamah Harta Intelek Bernilai RM1.7 Juta

  • Reading time:4 mins read

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kali ini memberikan makna yang cukup mendalam buat saya sebagai seorang peguam litigasi harta intelek.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang memihak kepada Telekung Siti Khadijah dalam kes harta intelek, mengarahkan pihak Plaintif untuk membayar jumlah yang besar atas penjualan telekung tiruan.

Perjuangan Menegakkan Hak

Kes ini bukan sekadar tentang wang ringgit, tetapi lebih kepada menegakkan hak pemilik design telekung asli dan memberi pengajaran kepada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual produk tiruan.

Mahkamah telah memerintahkan Plaintif untuk membayar:

  • RM 1,216,015.20 sebagai akaun keuntungan hasil daripada penjualan telekung tiruan.
  • RM 500,000.00 sebagai ganti rugi pengajaran dan ganti rugi teruk.
  • RM 5,000.00 sebagai kos prosiding.

Sebagai peguam, melihat klien mendapat keadilan setelah melalui perjalanan yang panjang di mahkamah memberikan kepuasan yang sukar digambarkan.

Ia membuktikan bahawa sistem perundangan kita tetap teguh dalam melindungi hak-hak pemilik harta intelek.

Cabaran Sepanjang Kes

Seperti mana-mana kes litigasi, cabaran pasti ada.

Sepanjang proses ini, pelbagai strategi digunakan untuk membuktikan bahawa produk tiruan tersebut telah memberikan kesan besar kepada perniagaan dan jenama Telekung Siti Khadijah. Kes ini memerlukan analisis mendalam terhadap bukti jualan dan perbandingan reka bentuk telekung.

Saya juga berpeluang mengendalikan kes ini, satu pengalaman yang sangat berharga buat saya.

Dengan bimbingan En. Hafiz Zubir, setiap langkah dalam kes ini dikendalikan dengan teliti, dari penyediaan dokumen mahkamah hingga sesi penghujahan di hadapan Yang Arif Hakim.

Kemenangan yang Bermakna

Lebih daripada sekadar kemenangan di atas kertas, kes ini menjadi satu penanda aras penting dalam industri fesyen dan harta intelek di Malaysia.

Kes litigasi berkaitan reka bentuk industri dalam fesyen masih jarang didengar di negara ini, dan keputusan ini menjadi satu rujukan penting bagi kes-kes yang akan datang.

Saya berharap ia akan membuka mata lebih banyak perniagaan tempatan tentang pentingnya melindungi harta intelek mereka.

Selain itu, kejayaan ini juga menjadi bukti bahawa kesungguhan dalam memperjuangkan hak boleh membuahkan hasil yang bermakna.

Telekung Siti Khadijah bukan sekadar jenama, tetapi simbol inovasi dan keaslian dalam industri telekung. Dengan kemenangan ini, kita menghantar mesej yang jelas bahawa pemilik jenama asli perlu dihormati dan produk tiruan tidak boleh dibiarkan berleluasa.

Refleksi dan Harapan

Sebagai seorang peguam, setiap kes yang saya kendalikan adalah satu pembelajaran baru.

Saya berterima kasih kepada En. Hafiz Zubir kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin kes ini, serta kepada pasukan yang bekerja keras untuk memastikan kejayaan ini.

a man sitting at a desk with a computer screen

Tambahan pula, ini adalah kemenangan keempat Hafiz Zubir & Co untuk tahun 2025, dan kita baru sahaja menamatkan suku pertama tahun ini! Momentum ini pastinya memberikan semangat untuk terus memperjuangkan keadilan dalam bidang harta intelek.

Saya berharap kemenangan ini akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan untuk mengambil langkah awal dalam melindungi harta intelek mereka.

JANGAN TUNGGU sehingga berlaku peniruan atau pencabulan sebelum bertindak.

Lindungi jenama anda, reka bentuk anda, dan segala hasil usaha keras anda. Kalau tak tahu  dari mana nak bermula, boleh dapatkan khidmat pesan penasihat IP DI SINI

Kalau anda masih tak pasti apa itu copyright (hak cipta) vs trademark (cap dagang), jemput belajar DI SINI

Bercakap tentang copyright, saya banyak membantu mendaftarkan copyright milik Siti Khadijah, antaranya design tudung mereka. Baca cerita penuh DI SINI

Leave a Reply