Sunyi Paling Riuh

  • Reading time:2 mins read

Sebagai anak sulung, saya boleh benar-benar relate dengan perjalanan Dhuha dalam Sunyi Paling Riuh.

 

Novel Sunyi Paling Riuh – Karya sastera yang menyentuh emosi dengan naratif mendalam dan tema kehidupan.

Perasaan kehilangan, tanggungjawab yang terasa berat di bahu, dan keinginan untuk memahami sesuatu yang tidak selalu ada jawapannya—semuanya terasa dekat.

Kisah ini bermula dengan kehilangan seorang ibu, bukan kerana kematian, tetapi kerana pemergian yang tidak dijangka.

Tiada selamat tinggal, hanya sepucuk surat yang meminta agar dia tidak dicari.

Dhuha yang hilang arah cuba mencari makna dalam hidupnya yang kini penuh dengan kesepian, sehinggalah kehadiran Zoya membawa harapan.

Namun, takdir yang suka bermain-main—Zoya juga akhirnya menghilang, meninggalkan Dhuha dalam kesunyian yang lebih mendalam.

Fajar Sulaiman menulis dengan gaya yang begitu puitis, begitu mengalir

Ada banyak perenungan tentang kehilangan, kesunyian, dan bagaimana kita memproses kesedihan dengan cara masing-masing.

Saya suka bagaimana novel ini tidak memberi jawapan yang mudah—sebab dalam realiti, kita juga tidak selalu mendapat penjelasan mengapa sesuatu terjadi.

Novel ini mengingatkan saya bahawa kesunyian bukan bermaksud kita benar-benar sendiri.

Kadang-kadang, dalam riuhnya dunia, kita tetap boleh merasa sunyi. Tapi mungkin, seperti yang Zoya katakan, hidup akan baik-baik saja—jika kita terus mencuba.

Baca Sunyi Paling Riuh di SINI

Baca tentang cara menulis dari hati di SINI

Leave a Reply