The Book of Knowing mengajar pembaca cara² mengatasi rasa resah & risau.
Selalunya, realiti dilihat berlebihan² daripada yang sebenar: kerana kepala kita memikirkan yang bukan².
Tidak bermaksud keresahan kita itu tidak valid. Tidak.
Kerana semua perasaan, sama ada ia positif atau negatif, sama ada sewaktu kita percaya atau rendah diri: kesemuanya valid.
Tinggal, bagaimana kita menguruskan perasaan sendiri?
Dunia kita dilihat dari perspektif sendiri. Ada mental filter & bias yang (mungkin) menyempitkan sudut pandang kita.
Masalah akan selalu datang. Tetapi tak bermakna dunia ini kejam. Bukankah banyak juga hari² yang kita lalui dengan bahagia?
Dengan keluarga, kawan, dunia & seisinya.
Itulah yang cuba dipujuk oleh penulis.
Reality is as it is. Feelings are not facts. Beliefs are not facts. We can NEVER change the reality, but we can adapt and change how we react to it.
Memujuk diri sendiri adalah tugas yang paling sukar. Memaksa diri sendiri adalah pekerjaan paling susah.
Tetapi, di akhirnya, kita hanya ada untuk diri sendiri: yang sudi mempercayai diri sendiri, adalah kita sendiri.
Akan ada momen² tidak berbahagia, tapi begitulah kehidupan.
Sometimes you win, sometimes you learn.
“𝗜𝗳 𝗜 𝘂𝗻𝗱𝗲𝗿𝘀𝘁𝗮𝗻𝗱 𝗵𝗼𝘄 𝗜 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗸, 𝗜 𝗴𝗲𝘁 𝘁𝗼 𝗰𝗵𝗼𝗼𝘀𝗲 𝗵𝗼𝘄 𝗜 𝗳𝗲𝗲𝗹”