The Witch & Tsar dibina dari idea myth retelling.
Baba Yaga dimomokkan jahat; nenek kebayan; ahli sihir durjana.
Tetapi pembaca dibawa melihat POV “villain” pula. Dari kaca mata Yaga, bahkan dunialah yang berlaku jahat kepadanya. Hanya kerana fitnah, dia merana.
Yaga biasa hidup sendirian kerana kecewa dengan manusia.
Beratus² tahun dia berbakti & merawat sakit manusia, mereka tetap mengeji & menghinanya.
Olesya Salnikova Gilmore bijak menenun lagenda mitologi & sejarah benar Rusia, mengkreatifkan semula Baba Yaga: dari jembalang menjadi penyelamat.
Rusia berkecamuk di mana dewa-dewa lama dan tirani bersaing untuk kuasa. Dewa Salju, Dewi Kematian, Dewa Petir saling bertarung merebut Rusia; dan ditengah²nya Baba Yaga menjadi penyelamat.
“Sejujurnya (walaupun selalu skor A+ sejarah zaman SPM dulu 😌), saya tak boleh ngam sangat dengan historical fiction.”.
“3.5/5⭐ untuk karya debut peguam dari Rusia ini! (as a fellow lawyer, saya tabik spring kat dia!)”.