Cara Membina Kekayaan, Capai Keuntungan dan Kekal Tentang Dalam Pelaburan
“Aku teringin nak belajar invest; untuk hari tua, tapi aku tak retilah”.
“Mana nak simpan dulu? Tabung Haji ke? ASB ke? Emas?”
“Camne nak labur yang untung tapi bukan scam ya? Aku takutlah dengar cerita orang rugi puluh ribu kena scam”
“Buku apa yang boleh aku baca untuk faham melabur, yang betul² asas untuk newbie?”
Buku ini menjawab kerisauan & persoalan² itu. Sangat sesuai (bahkan wajiblah baca) untuk orang muda yang nak belajar tentang kewangan.
Dulu saya FOMO, orang hype pasal saham, saya nak join juga. Sekadar letak RM 1k (mujur juga profit). Lepas tu, saya decide saham tak sesuai dengan saya: tak reti & malas nak reti baca chart, tengok harga turun naik bagai.
Saya yakin, mereka baya² saya ni mesti banyak persoalan & anxiety pasal kewangan & pelaburan.
Rasa macam dah terlambat. Rasa macam sekeliling berlalu cepat. Orang tu kata invest sini untung banyak! Invest situ untung berganda!
Kita pula tertoleh kiri kanan: tak keruan nak buat keputusan. Last² yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Saya pernah rasa, bahkan masih rasa benda sama.
Tapi tenang is good.
Untuk mahir 1 perkara, ada prosesnya dari A ke Z. Tak boleh terus skip ke D, G, M.
Nak melabur tak boleh lompat terus ke high risk investment macam saham dan kripto. Mula yang asas dulu.
Belajar menyimpan di ASB & Tabung Haji dulu.
Kemudian bila dah bina tabiat menyimpan, try pelaburan² lain pula.
Mindset & kemahuan kena betul. Belajar berbelanja bawah kemampuan, supaya ada simpanan.
Betulkan asas & labur low risk santai² dulu.
Penulis Labur Santai memperkenalkan konsep WISE dalam pelaburan.
W – Works for you
I – Inexpensive to buy
S – Simple to execute
E – Easy to understand
Pilih strategi paling MUDAH & ringkas, yang TAK perlukan modal besar & labur dalam instrumen yang kita FAHAM sahaja.
Simple. Itulah yang saya lakukan untuk 2 tahun terakhir ini.
Masih belum terlambat untuk mula belajar & faham tentang kewangan.
Yang penting jangan rasa rendah diri sangat sampai tak upgrade diri langsung.
Selagi kita belum mati, kita masih ada 2 rezeki. Masa & usaha.